Monday, February 14, 2011

KENAPA KUCING ADA 9 NYAWA?

kita selalu dengar orang cakap kucing ada 9 nyawa. kita heran kucing jatuh tinggi macam mana pun dia still boleh survive, dalam keadaan yang mustahil nak diterima dek akal pun kucing boleh survive lagi, paling2 pun luka sikit2, patah pun boleh recover balik kan? Bukan sebab ada kuasa or kucing boleh hidup balik tau.




nak tau kenapa?

sebab...


1. saiz kucing kecik & badannya lembut untuk terima impak yg kuat2, so tak cedera sgt walaupun jatuh daripada tempat tinggi.

2. Kucing memiliki sepasang telinga dalam (inner ear) yang advance & lebih canggih daripada manusia. so kucing boleh mengawal balance dengan baik, walau dalam keadaan apa pun, kucing tetap landing dengan 4 kaki dia dan kucing cepat boleh betulkan kedudukan (drpd senget kepada tegak dgn cepat). dia x confuse ttg koordinasi badan dia.


3. bila kucing landing atas 4 kaki, dia lebih stabil dan pembahagian impak semasa jatuh lebih sekata, sendi2 pulak membengkok semasa landing, so macam ala2 kusyen, empuk je jatuh...


4. bila kucing jatuh dia akan kembangkan badan dgn mendepakan keempat kakinya. jadi ala2 parachute, takde la kembang mcm tupai terbang tapi cukup untuk memberi geseran dgn angin, jadi secara relatifnyer lebih perlahan daripada objek lain.

tapi tau tak kucing lebih selamat jatuh dari tgkt 7 - 32 drpd tgkt 6 ke bawah?
sebab kalu dia jatuh drpd tmpt rendah dia x sempat nak betulkan koordinasi atau mengembangkan kaki untuk landing...he he tapi jgn la campak kucing dr tgkt 32 plak, percaya saya nyer research ni betul ;)


cuba bayangkan kita dalam bebola benang bulu yg tebal terjun dari tgkt 7 sambil mendepakan tgn & kaki......hmmmmm.....uik jgn wat lah, tak terbayang dek akal ni, seram lak. takper biar la kucing yg pegang rekod terjun tempat tinggi tp x cedera. kita masih ada byk lg PENCAPAIAN YANG TINGGI UNTUK DICIPTA

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. novel ramlee awang mursyid 9 nyawa,, very interesting..menarik utk di baca tau :-D

    ReplyDelete