Monday, February 28, 2011

Ingin kelihatan ramping....


Makanan Semulajadi

Hai-O Chitosan merupakan produk hasilan gabungan chitosan. Chitosan pula adalah chitin yang telah dibuangkan polisakaridanya. Produk chitosan adalah kaya dengan gula amino. Ia diproses daripada hidupan berkarang yang mempunyai molekul semulajadi yang tinggi dalam bentuk biomas. Chitosan mudah bersebati dengan sel biologi, bersifat tidak beracun, mudah dilarutkan serta aktif. Kegunaan utamanya ialah dalam bidang perubatan dan pemprosesan makanan pembinaan.

Disebabkan peralihan zaman dan perubahan cara hidup serta pemakanan, peratusan penghidap masalah kesihatan semakin meningkat. Hai-O Chitosan merupakan suplemen kesihatan semulajadi.

Cara pengambilan: 2 kali sehari, 2 kapsul setiap kali sebelum makan.

Sunday, February 27, 2011

Inginkan wajah kelihatan lebih menawan....


Memelihara Keremajaan Kulit

La PraiseTM menggabungkan dua keistimewaan iaitu sel induk tumbuhan (plant stem cells) dan antioksidan untuk menjadikan wajah anda kelihatan muda dan berseri. Sel induk tumbuhan merangsangkan pembentukan sel induk kulit. Dengan ini, ia melindungi kulit daripada risiko tekanan dan menggalakkan kebolehan pemulihan sel kulit. Pada masa yang sama, antioksidan melindungi kulit daripada faktor-faktor bahaya seperti penuaan dan mengurangkan tanda-tanda penuaan dan memulihkan keremajaan kulit.

Soothing Cleansing Gel
Mulakan hari dengan wajah kulit yang muda dengan menggunakan pembersih muka yang diformulasi dengan sel induk tumbuhan dan antioksidan. Ia membantu menyingkirkan kotoran yang terkumpul dalam pori-pori kulit, meninggalkan kulit rasa segar, licin dan berseri selepas guna.

Soothing Toner
Toner yang ditambah dengan ekstrak licorice, chamomilla dan pati tumbuhan untuk membantu kulit mencapai tahap keseimbangan dan menghidrasi. Ia mengekalkan kelembapan kulit sepanjang masa.

Sun Protector SPF 30 PA+++
Perlindungan SPF 30 PA+++ melindungi kulit daripada bahaya sinaran UV. Kandungan rice germ oil dan squalane (zaitun) memastikan kulit lembap sepanjang hari.

Night Renewal
Memperkayakan kulit pada waktu malam dengan gel yang diformulasi khas daripada kolagen marin, betaglukan dan antioksidan untuk melembap dan membantu melambatkan kemunculan tanda-tanda penuaan. Penggunaan yang konsisten menjadikan kulit kelihatan muda dan berseri.

Eye Lifting Gel
Formulasi khas untuk menghilangkan garis-garis halus dan lingkaran di bawah dan sekeliling mata. Produk ini ditambahkan asid askorbik (vitamin C) untuk melembap, menegang and mengembalikan keremajaan kulit di sekitar mata.

Thursday, February 24, 2011

Rasailah kehebatannya....


Rahsia Keremajaan Sepanjang Masa

Bio~EverTM menggunakan sistem bio-teknologi (liposom) untuk menghantar kebaikan rumusan aktif bersaiz nano, iaitu pegaga (Centella Asiatica), wild yam (Dioscorea Villosa) dan kacang soya (Glycine Soja) secara terus ke dalam saluran darah melalui penggunaan luaran pada kulit. Saiz liposom yang kecil boleh menghantar dan membebaskan rumusan aktif yang diperlukan dengan tepat ke dalam badan.

Tuesday, February 22, 2011

Anda Mesti Mencubanya...


Penghadaman Baik . Badan Sihat
Langkah Pencegahan untuk Menjamin Kesihatan Badan

Nurich Lacto-Lite Minuman Serbuk Yogurt Kultur Hidup & Inulin menggabungkan kebaikan kultur hidup dan inulin untuk menjamin kesihatan sistem penghadaman dan badan anda.

Kultur hidup terdiri daripada bakteria baik (¡°friendly bacteria¡±) yang berfungsi untuk membantu pencernaan, meningkatkan pergerakan usus dan kesihatan sistem penghadaman dan menggalakkan pertumbuhan Bifidobacteria. Inulin (sejenis fiber) pula membantu pertumbuhan bakteria baik dalam sistem penghadaman.

Kedua-dua kultur hidup dan inulin digunakan bersama untuk menyeimbangkan flora usus dan menggalakkan kesihatan sistem pencernaan.

Monday, February 14, 2011

KENAPA KUCING ADA 9 NYAWA?

kita selalu dengar orang cakap kucing ada 9 nyawa. kita heran kucing jatuh tinggi macam mana pun dia still boleh survive, dalam keadaan yang mustahil nak diterima dek akal pun kucing boleh survive lagi, paling2 pun luka sikit2, patah pun boleh recover balik kan? Bukan sebab ada kuasa or kucing boleh hidup balik tau.




nak tau kenapa?

sebab...


1. saiz kucing kecik & badannya lembut untuk terima impak yg kuat2, so tak cedera sgt walaupun jatuh daripada tempat tinggi.

2. Kucing memiliki sepasang telinga dalam (inner ear) yang advance & lebih canggih daripada manusia. so kucing boleh mengawal balance dengan baik, walau dalam keadaan apa pun, kucing tetap landing dengan 4 kaki dia dan kucing cepat boleh betulkan kedudukan (drpd senget kepada tegak dgn cepat). dia x confuse ttg koordinasi badan dia.


3. bila kucing landing atas 4 kaki, dia lebih stabil dan pembahagian impak semasa jatuh lebih sekata, sendi2 pulak membengkok semasa landing, so macam ala2 kusyen, empuk je jatuh...


4. bila kucing jatuh dia akan kembangkan badan dgn mendepakan keempat kakinya. jadi ala2 parachute, takde la kembang mcm tupai terbang tapi cukup untuk memberi geseran dgn angin, jadi secara relatifnyer lebih perlahan daripada objek lain.

tapi tau tak kucing lebih selamat jatuh dari tgkt 7 - 32 drpd tgkt 6 ke bawah?
sebab kalu dia jatuh drpd tmpt rendah dia x sempat nak betulkan koordinasi atau mengembangkan kaki untuk landing...he he tapi jgn la campak kucing dr tgkt 32 plak, percaya saya nyer research ni betul ;)


cuba bayangkan kita dalam bebola benang bulu yg tebal terjun dari tgkt 7 sambil mendepakan tgn & kaki......hmmmmm.....uik jgn wat lah, tak terbayang dek akal ni, seram lak. takper biar la kucing yg pegang rekod terjun tempat tinggi tp x cedera. kita masih ada byk lg PENCAPAIAN YANG TINGGI UNTUK DICIPTA

Saturday, February 12, 2011

kehidupan penuh dengan pilihan

pernah tak dengar orang cakap "...aku tak de pilihan..."
sebenarnya hidup kita penuh dengan pilihan. cuma kadang2 kita tak berani untuk memilih sesuatu yang luarbiasa atau berisiko. semuanya sebab dah lumrah manusia tak mahu berubah daripada zon selesa.


memilih perlu datang dengan tanggungjawab...kebanyakan kita takut nak bertanggungjawab kalau hasil daripada pilihan kita tak seperti yang dijangka. pokoknyer still takut jugak kan?

apa yg kita tak sedar ialah kita sentiasa membuat pilihan dalam kehidupan harian. start dgn hari ni nak pakai baju apa? hari ni nak makan apa? hari ni nak pegi mana? sampailah ke "by 10 tahun akan datang aku nak apa?" by 15 years aku nak ada kat mana?" haa, kan dah buat pilihan tu...



kesimpulannya, jgn takut untuk memilih. yang penting berani buat pilihan dan bertanggungjawab atas apa sahaja pilihan kita, tak kisah lah apa orang lain fikir...hidup kita tanggungjawab kita. takde salah atau betul. yang penting kita buat keputusan sendiri dan tahu apa yang kita buat.

Wednesday, February 2, 2011