Saturday, February 12, 2011

kehidupan penuh dengan pilihan

pernah tak dengar orang cakap "...aku tak de pilihan..."
sebenarnya hidup kita penuh dengan pilihan. cuma kadang2 kita tak berani untuk memilih sesuatu yang luarbiasa atau berisiko. semuanya sebab dah lumrah manusia tak mahu berubah daripada zon selesa.


memilih perlu datang dengan tanggungjawab...kebanyakan kita takut nak bertanggungjawab kalau hasil daripada pilihan kita tak seperti yang dijangka. pokoknyer still takut jugak kan?

apa yg kita tak sedar ialah kita sentiasa membuat pilihan dalam kehidupan harian. start dgn hari ni nak pakai baju apa? hari ni nak makan apa? hari ni nak pegi mana? sampailah ke "by 10 tahun akan datang aku nak apa?" by 15 years aku nak ada kat mana?" haa, kan dah buat pilihan tu...



kesimpulannya, jgn takut untuk memilih. yang penting berani buat pilihan dan bertanggungjawab atas apa sahaja pilihan kita, tak kisah lah apa orang lain fikir...hidup kita tanggungjawab kita. takde salah atau betul. yang penting kita buat keputusan sendiri dan tahu apa yang kita buat.

No comments:

Post a Comment